Memaparkan catatan dengan label FIKIR-FIKIR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FIKIR-FIKIR. Papar semua catatan

30 April 2016

PESANAN TERAKHIR RASULULLAH SAW

Pesanan terakhir Rasulullah SAW ketika Haji Wida
di Padang Arafah pada bulan Zulkaedah tahun 10 Hijriah.


Berwaspadalah terhadap syaitan
demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu
dalam perkara-perkara besar,
maka berjaga-jagalah kamu
agar tidak mengikutnya
dalam perkara-perkara kecil.


TAMAK ITU SUATU KEFAKIRAN

Saidina Umar RA berkata :
"Tamak adalah suatu kefakiran dan tidak mengharapkannya adalah kekayaan. Sesungguhnya orang yang tidak mengharapkan milik orang dan menerima apa adanya saja, dia telah kaya dari mereka."

Ibnu Mas'ud RA pula berkata :
Setiap hari malaikat dari bawah Arasy memenggil ;
" Hai manusia! Sedikit yang mencukupi bagimu itu lebih baik daripada banyak yang membuatmu tamak."

Abu Darda' pula berkata :
" Dalam akal setiap orang ada kekurangan. jika dunia menghampirinya, dia bangga dan bahagia. Sedangkan siang dan malam silih berganti menghancurkan umurnya, dia tidak pernah merasa sedih.
Celaka engkau wahai manusia, tidak guna harta bertambah sedangkan umurmu terus berkurang!"

Sumber : kopi&pasta/

TABURLAH KEJUJURAN...PASTI AKAN MENUAI KEPERCAYAAN!


Terdapat seorang CEO yang hamper bersara dan ingin menyerahkan jawatannya kepada salah seorang eksekutifnya yang terbaik. Dia memanggil seluruh eksekutifnya, memberikan masing-masing sebiji benih kepada setiap seorang, dan berkata:

" Tanam, jaga dan siramlah dengan baik benih yang saya beri ini dan kembalilah 3 bulan dari sekarang dengan membawa tanaman yang tumbuh dari benih ini. Yang terbaik akan menjadi penggantiku sebagai CEO di syarikat ini."

Setelah  hampir 3 bulan, di pejabat semua orang saling bercakap tentang kehebatan tanaman masing-masing. Hanya tanaman Ahmad sahaja tidak tumbuh sama sekali menyebabkan dia merasa gagal dan susah hati.

Cukup tempoh masa 3 bulan, semua eksekutif menghadap CEO dengan membawa tanaman yang subur, memperlihatkan hasil benih tersebut kecuali Ahmad yang hanya datang membawa pasu kosong. Semua mata memandangnya kasihan.

Ketika CEO masuk, dia memandang keindahan seluruh tanaman yang kononnya hasil dari benih-benih yang diberikan dulu, sehingga akhirnya berhenti di depan Ahmad yang tertunduk malu. CEO meminta Ahmad ke depan dan menyuruhnya menceritakan tentang tanamannya yang mati.

Selesai Ahmad bercerita, CEO berkata:
" Beri tepukan kepada Ahmad, CEO kita yang baru!"

Semua eksekutif terkejut termasuk Ahmad. CEO itu kemudian berkata:

" Semua benih yang saya bagi kepada anda semua dulu, telah saya rebus dalam air panas hingga mati dan tak mungkin akan tumbuh lagi. Jika benih anda semua dapat tumbuh, bererti anda telah menukarnya dan berbohong kepada saya. Kecuali Ahmad, hanya  dia yang JUJUR. Jadi, dialah yang paling layak menyandang jawatan yang tertinggi ini."


Sumber : kopi&pasta/





KISAH HARTA

Pada suatu masa dahulu,terjadi satu peristiwa seorang lelaki menjual sebidang tanah miliknya kepada seorang sahabatnya. Setelah tnah itu dibeli, maka si pemilik yang baru telah menemui sebuah peti yang tertanam di dalam tanah tersebut. Setelah dibuka peti itu ternyata mengandungi harta yang banyak. Lalu pemilik yang baru itu menemui kembali pemilik asal tanah tersebut untuk menyerahkan harta itu, kerana buakan haknya.

Sebaliknya, pemilik asal enggan menerima harta tersebut kerana ianya ditemui di dalam tanah yang sudah dijual. Si pemilik yang baru juga enggan menerimanya kerana bukan haknya. Maka mereka berdua pergi menemui khalifah bagi mendapatkan penyelesaian.

Oeleh kerana pemilik lama mempunyai anak lelaki dan pemilik baru mempunyai anak perempuan, maka anak-anak mereka berdua telah dikahwinkan dan harta tersebut diserahkan kepada pengantin baru bagi memulakan kehidupan baru mereka.

Begitu tawadduknya orang zaman dulu...namun zaman  kini...keadaan akan menjadi sebaliknya...fikir-fikirkanlah....


Sumber :kopi&pasta/

24 April 2016

HEBATNYA KUASA ISTIGHFAR


Ketika di hujung usia Imam Ahmad Ibnu Hanbal, beliau teringin pergi ke Iraq.Beliau adalah alim besar yang menghafaz ratusan ribu hadis dan anak murid kepada Imam Syafie RA.
 Sesampainya di sana, beliau beriktikaf di masjid. Tak lama kemudian, datanglah orang masjid lalu menghalaunya kerana katanya undang-undang di Iraq tidak membenarkan bermalam di masjid walaupun di beranda masjid. Akhirnya Imam Ahmad menumpang tidur di tangga masjid. Orang masjid tidak mengenali Imam Ahmad ini.

Ada seorang pembuat roti yang kedainya berdekatan dengan masjid. Dia telah mempelawa Imam Ahmad tidur di kedainya. Ketika Imam Ahmad hendak berehat, beliau mendengar dengan rasa kagum kerana si pembuat roti itu asyik beristighfar tanpa henti.

ASTAGHFIRULLAH WA ATUBU ILAIK
ASTAGHFIRULLAH WA ATUBU ILAIK
ASTAGHFIRULLAH WA ATUBU ILAIK

Imam Ahmad terus berkata ;
" Bagus kamu beristighfar.  Apakah yang kamu rasai dengan amalan ini? "

Si pembuat roti itu berkata ;
" Segala puji bagi Allah, semua doa saya dikabulkan kecuali satu saja yang belum terkabul. Saya ingin berjumpa dengan Imam Ahmad Ibnu Hanbal. "

Dengan terharu, Imam Ahmad berkata ;
"Saya dihantar Allah sejauh ini, kemudian dihalau dari masjid kerana Allah ingin makbulkan doa kamu, kerana kamu rajin memohon ampun pada Allah."

 

MEMBUNUH CICAK....SURUHAN NABI

Imam Ahmad RA meriwayatkan, Nabi bersabda:

" Bahawasanya ketika Nabi Ibrahim dilemparkan ke dalam api,maka mulailah semua haiwan melata berusaha memadamkan api kecuali cicak, kerana sesungguhnya cicak menghembus-hembus api yang membakar Nabi Ibrahim." ( Riwayat Bukhari & Muslim )

Jelas sekali,cicak adalah binatang yang bersekongkol dengan syaitan. sehubungan dengan itu Nabi bersabda :

Sesiapa yang membunuh cicak dengan satu pukulan, ia mendapat seratus kebaikan;
sesiapa yang membunuh cicak dengan dua pukulan, dia mendapat pahala kurang daripada seratus dan sesiapa yang membunuh cicak dengan tiga pukulan ,dia mendapat pahala kurang daripada pukulan kedua." ( Riwayat Muslim )

"  Bahawa Nabi SAW memerintahkan agar membunuh cicak dan Baginda menamakannya sebagai Fuwaisiq ( binatang yang jahat ). ( Riwayat Muslim )

Jelas di sini, membunuh cicak adalah suruhan Nabi SAW. Selain ia mengotorkan ( seperti membuang najisnya merata-rata sama ada di rumah, masjid atau di mana-mana saja) kita  kurang memahami hikmah lain yang tersembunyi, tetapi suruhan ini tidak boleh dipertikaikan telah dijelaskan melalui hadis yang sahih.



copy&paste/

18 April 2016

SUBHANALLAH! BEGITULAH KEBESARAN ALLAH

 
Dalam Al-Quran, kalimah LAUTAN disebut sebanyak 32X manakala kalimah DARATAN disebut sebanyak 13X , menjadikan jumlah laut dan darat : 32 + 13 = 45. Jika diterjemah kepada % ;

# Peratusan LAUT           : 32/45 X 100 = 71.11111111%
# Peratusan DARATAN  : 13/45 X 100 = 28.88888889%.

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air sememangnya meliputi 71.111% daripada bumi dan Tanah pula meliputi 28.889%.

MASYAALLAH! Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaanNya.



copyright/

SIAPAKAH YANG LEBIH BURUK?

" Wahai Syeikh...." Seorang pemuda bertanya.

" Yang manakah lebih baik : Seorang Muslim yang banyak ibadahnya tetapi akhlaknya buruk atau seorang yang tidak beribadah tetapi amat baik sikapnya terhadap sesama manusia?"

" Subhanallah, kedua-duanya baik." Ujar Si Alim sambil tersenyum.

" Mengapa boleh begitu?"

" Kerana orang yang tekun beribadah itu nantinya mungkin akan dibimbing Allah untuk berakhlak mulia. Manakala orang yang baik akhlaknya itu, boleh jadi nantinya akan dibimbing Allah untuk semakin taat kepadaNya."

" Jadi, siapakah yang lebih buruk?" Desak si anak muda.

Airmata mengalir di pipi si alim.

" Kita, anakku."Ujar beliau.

" Kitalah yang selayak disebut buruk lantaran gemar sekali menghabiskan waktu untuk menilai orang lain dan melupakan diri kita sendiri."

Dalam esakan dan hiba tangisan, si alim menyambung kata.....

" Sedangkan kelak kita akan dihadapkan pada Allah dan dipersoalkan tentang diri kita, bukan tentang orang lain."




copyright/

 

28 Jun 2015

kembara kasih 2.... Cambodia

2 Jun 2015.....
Aranprathet ( Thailand)....
menuju ke Imigresen Thailand.
 


 Imigresen Thailand


 Jambatan Persahabatan..
yang menghubungkan antara Thailand dan Cambodia.
 


 

 Imigresen Cambodia,Poi Pet.

 Rehat sekejap di Poi Pet.

 Perkampungan Khmer di Poi Pet.

 Rumah orang Islam di Poi Pet yang sangat meraikan kami....
di sini kami makan, solat, rehat dan mandi...
 

 Bilik air dan bilik mandi yang uzur....
namun sudah cukup memadai....
di sini anjing2 berkeliaran mencari makan....


 Makan malam bertemankan cahaya lilin....



kembara kasih.....Thailand


 
1 Jun 2015 ....kami mulakan kembara.....
dari Kamunting, Perak ke Hatyai..
 
 Imigresen Bukit Kayu Hitam
 
 Perjalanan dari Hatyai ke Monchet....
memakan masa hamper 14 jam....
 
 RnR.....Hatyai - Bangkok
 

 Sempat membeli juadah mengalas perut....
roti canai pisang yang dimakan bersama susu pekat.
40 baht ( RM4 ) sekeping.
 
 
 
 Monchet.... Bandar berhampiran Bangkok
 
 Taxi Van....menuju Aranprathet....
bersempadan dengan Cambodia
 


27 Oktober 2014

Di Sebalik Perkataan Bahlul

Perkataan 'Bahlul' sering kita dengar diucapkan oleh masyarakat setempat terutamanya untuk menyatakan seseorang itu bodoh atau lurus bendul. Tapi tahukah anda asal usul perkataan Bahlul itu sendiri? Tahukah anda yang sebenarnya asal-usul orang-orang terdahulu melemparkan perkataan 'Bahlul' kepada seseorang itu adalah sebagai satu doa yang baik?

Bahlul merupakan satu perkataan yang berasal dari arab dan ia berasal dari satu nama jolokan yang diberikan kepada seseorang yang bernama Wāhab ibn Amr. Wahab ibn Amr atau Bahlul hidup pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyidin. Sebenarnya Wāhab ibn Amr terkenal sebagai seorang hakim dan juga ilmuan Islam pada zamannya. Dia dikenali sebagai Bahlul kerana dia telah meninggalkan kekayaannya dan hidup dengan gaya yang selekeh.

Terdapat banyak kisah-kisah yang memaparkan kebijaksanaan Bahlul sendiri. Disini kami paparkan tiga cerita berkenaan bahlul.

Cerita 1
Pada suatu hari, Khalifah Harun Al-Raysid bersama isterinya lalu dihadapan Bahlul yang sedang membuat rumah dari tanah liat. Maka Harun berlakukan dialog antara Al-Rasyid, isterinya dan Bahlul.

Harun : Hey Bahlul, kau buat apa?
Bahlul : Aku sedang buat rumah rumah syurga.
Isteri Harun : Boleh aku beli?
Bahlul : Boleh..
Isteri Harun : Berapa?
Bahlul : 10 Dirham
Isteri Harun membayar jumlah tersebut kepada Bahlul.
Harun : Kau dah kena tipu hidup-hidup dengan Bahlul.

Pada malamnya Harun Al-Rasyid bermimpi satu rumah besar yang tersangat cantik yang tertulis nama isterinya, Siti Zubaidah di dalam syurga. Harun cuba untuk masuk ke dalam rumah itu tetapi dihalang oleh pengawal di rumah itu.

Harun : Ini rumah isteri aku.
Pengawal : Memanglah, tapi ini bukan rumah kau.

Bagun pada pagi berikutnya Harun Al-Rasyid bangun dan kelam kabut pergi mencari Bahlul.

Harun : Bahlul, aku nak beli rumah kau.
Bahlul : Boleh.
Harun : Berapa?
Bahlul : 10,000 Dirham.
Harun : Eh, kenapa semalam 10 Dirham?
Bahlul : Semalam kau tak nampak..Hari ni kau dah nampak!

Cerita 2
Pada suatu hari, Harun Al-Rasyidin memberikan Bahlul sebatang kayu dan berkata, "Batang kayu ini ya Bahlul, milik seorang lelaki yang paling bodoh atas muka bumi ini. Jika kamu terjumpa dengan seorang lelaki yang lebih layak memiliki kayu ini lebih dari kamu, berikanlah kepadanya". Dan Bahlul menjadi bahlul mengambil batang kayu tersebut.

Beberapa tahun selepas itu, Harun Al-Rasyid jatuh sakit dan tak ada sebarang ubat-ubatan yang boleh menyembuhkannya. Bahlul datang untuk melawan Harun Al-Rasyid untuk bertanya khabar dan terjadi satu perbualan yang menakjubkan.

Harun : Tak ada apa yang boleh menyembuhkanku!
Bahlul : Kau mahu ke mana?
Harun : Aku akan pergi ke dunia lain.
Bahlul : Kedunia lain? Berapa lama kau akan pergi? Bila kau akan balik?
Harun : O Bahlul! Tak ada siapa yang akan kembali selepas ke dunia itu.
Bahlul : Jadi kau mesti dah buat persiapan rapi untuk perjalanan ini. Perjalanan yang kekal. Kau dah siapkan tentera untuk tunggu kedatangan kau? Sebagai persiapan apabila kau sampai disana?
Harun : Tak ada yang pergi dengan kau Bahlul. Dan aku tak membuat sebarang persiapan.
Bahlul : Ya Amirul Mukminin, sebelum ini kau menghantar tentera sebagai persiapan rapi untuk satu perjalanan yang hanya berjumlah sehari dua! Dan kini kau akan pergi ke satu tempat yang kau akan tinggal disitu selamanya. Dan kau tidak membuat sebarang persiapan untuk menghadapinya?
Bahlul : Nah ambil batang kayu ini. Nampaknya aku dah jumpa seseorang yang lebih layak untuk memilikinya.

Cerita 3

Berikut pula adalah kisah Bahlul dengan Sheikh Junid, seorang ulama sufi dan juga wali Allah. Satu hari Syeikh Junid Al-Baghdadi bertemu Bahlul lalu meminta nasihat. Bahlul lalu bertanya:

Bahlul: Bagaimana kamu makan?
Junid: (Menerangkan adab2 makan berdasarkan Sunnah dan doa2 makan)
Bahlul: Bagaimana kamu berpakaian?
Junid: (Menerangkan adab2 makan berdasarkan sunnah dan doa berpakaian)
Bahlul: Bagaimana kamu tidur?
Junid: (Menerangkan adab2 tidur mengikut sunnah dan doa2 tidur)
Bahlul: Sebenarnya jawapan2 kamu tidak tepat. Sekiranya kamu makan mengikut adab dan doa sekalipun tapi sekiranya makanan itu dari sumber yang haram buat apa? Sekiranya kamu berpakaian dengan adab dan doa tapi tidak menutup aurat serta sumbernya adalah haram buat apa? Sekiranya kamu tidur dengan adab dan doa tapi di hatimu masih menyimpan dendam dan kebencian sesama Muslim buat apa?


Menurut dari tiga cerita ini jelas sekali Bahlul bukanlah seorang yang bodoh atau lurus bendul. Dia sebenarnya bijak dan juga sarkastik. Sedangkan Sheikh Junaid sendiri pun datang mengadap Bahlul untuk mendapatkan nasihat dan dari cerita yang ketiga jelas Bahlul ini seorang wali Allah.

Hari ini penggunaan perkataan bahlul telah disalah ertikan oleh masyarakat yang menggunakanan perkataan itu untuk menyatakan seseorang itu bodoh. Sebenarnya perkataan itu dilemparkan oleh orang-orang tua kepada seseorang seperti ibu kepada anak adalah sebagai satu doa yang baik. Mengharapkan orang itu menjadi seperti Bahlul. Namun apabila lama kelamaan perktaan itu disalah ertikan oleh masyarakat kita. Wallahualam.. 


Sumber : Siakapkeli.com

17 September 2014

AL - KISAH SANG GAGAK

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa.
“Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya.
...
Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua.
“Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak.
Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu.
Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.”
Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak.
“Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang paling bahagia di dunia,” kata burung gagak.
Burung merak pun menjawab, “Aku selalu rasa akulah paling cantik dan gembira di dunia ini. Tapi kerana kecantikan aku, aku dikurung di dalam zoo ini. Aku telah melihat sekitar zoo ini, hanya burung gagaklah yang tak terkurung di zoo ini. Kalau aku ialah burung gagak, aku rasa aku paling gembira kerana dapat bergerak sana sini.”


Di kalangan manusia, kita juga akan saling membanding. Sebenarnya ia tidak perlu kerana ia menimbulkan tekanan dan kesedihan. Membanding bermakna kita tidak menghormati apa yang diberi Allah. Kita berasa Allah tidak adil.
Fokuslah pada apa yang ada di tangan. Setiap manusia ada benda lebih dan benda kurang. Tapi Allah maha adil – sesiapa yang tahu bersyukur dengan apa yang ada, dialah manusia yang paling gembira.
 
 

Rasulullah SAW pernah bersumpah....

“Tiga perkara yang Rasulullah SAW pernah bersumpah:...
1) Tidak berkurang harta kerana sedekah.
2) Tidak teraniaya seorang hamba dangan aniaya yang dia sabar
     ke atasnya melainkan Allah anugerahkan kepadanya kemuliaan
3) Dan tidak membuka seorang hamba pintu permintaan
     (mengemis) melainkan Allah membukakan keatasnya pintu
     kefakiran.”


(HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

06 September 2014

SEDEKAH

Dari Abu Hurairah dari Nabi saw, Baginda bersabda:

“Ada seorang lelaki berkata:

‘Malam ini, aku benar-benar akan bersedekah.’ Maka laki-laki itu pun keluar membawa sedekahnya, dan disedekahkannya kepada wanita pelacur. Esok harinya, orangramai pun mengatakan bahawa tadi malam ada pelacur yang diberi sedekah.
Maka laki-laki itu berdoa: ‘Ya Allah, segala puji


bagiMu yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh di tangan pelacur. Aku akan bersedekah lagi.’

Dia pun pergi dengan membawa sedekahnya, lalu diberikannya kepada orang kaya. Esok harinya, orangramai pun membicarakannya bahawa tadi malam ada orang yang memberi sedekah kepada orang kaya.
Maka lelaki itu pun berkata: ‘Ya Allah, untukMulah segala puji, kerana Engkau telah menjadikan sedekahku jatuh di tangan orang yang kaya, aku akan bersedekah lagi.’

Kemudian dia pergi lagi dengan membawa sedekahnya dan diberikannya kepada pencuri. Esok harinya, orangramai pun membicarakannya, bahawa tadi malam ada orang yang bersedekah kepada pencuri. Lelaki yang bersedekah itu pun berkata: ‘Segala puji bagi Allah yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh pada pelacur, kepada orang kaya, dan kepada pencuri.’

Kemudian lelaki itu didatangi malaikat lalu berkata: ‘Sedekahmu telah diterima oleh Allah. Ada pun sedekahmu yang jatuh ke tangan perempuan pelacur, semoga dia berhenti dari perbuatan melacur, yang jatuh kepada orang kaya semoga dia menyedari dirinya dan bersedekah pula, sedangkan yang jatuh kepada si pencuri, semoga dia berhenti mencuri.’”

(Sahih Bukhari, no. 1332, Sahih Muslim, no. 1698, Musnad Ahmad, no. 7933, no. 8247)

TIKA YANG HALAL DAN HARAM BERCAMPUR

Seseorang datang kepada Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberi tahu bahwa ia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji 5 dirham. Dan gaji itu tidak mencukupinya.

Namun anehnya, Imam Syafie menyuruh dia untuk menemui orang yang mengupahnya supaya mengurangkan gajinya menjadi 4 dirham. Orang itu pe
rgi melaksanakan perintah Imam Syafie sekalipun ia tidak faham apa maksud dari perintah itu.

Setelah berlalu beberapa lama orang itu datang lagi kepada Imam Syafie mengadukan tentang kehidupannya yang tidak ada kemajuan. Lalu Imam Syafie memerintahkannya untuk kembali menemui orang yang mengupahnya dan minta untuk mengurangkan lagi gajinya menjadi 3 dirham. Orang itupun pergi melaksanakan anjuran Imam Syafie dengan perasaan sangat hairan.

Setelah berlalu sekian hari orang itu kembali lagi menemui Imam Syafie dan berterima kasih atas nasihatnya. Ia menceritakan bahwa upah 3 dirham telah dapat menutupi seluruh keperluan hidupnya, bahkan hidupnya menjadi lapang. Ia menanyakan apa rahsia di sebalik itu semua?

Imam Syafie menjelaskan bahawa pekerjaan yang ia jalani itu tidak berhak mendapatkan upah lebih dari 3 dirham. Dan kelebihan 2 dirham itu telah mencabut keberkahan harta yang ia miliki.

Lalu Imam Syafie membacakan sebuah syair:

جمع الحرام على الحلال ليكثره
دخل الحرام على الحلال فبعثره

Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya ia menjadi banyak.
Yang harampun masuk ke dalam yang halal lalu ia merosaknya.

05 September 2014

INILAH BEZA ANTARA KAMU DAN RASULULLAH SAW

Syeikh Muhammad Mutawalli Sya'rawi (1911 - 1998), seorang ulama terkenal di Mesir telah berkata:
"Aku telah berbincang dengan seorang pemuda yang mempunyai fikiran yang agak ekstrem. Aku bertanya kepadanya, 'Adakah meletupkan kelab malam dalam sesebuah negara halal atau haram?'"

Pemuda: Sudah tentu halal dan dibolehkan membunuh mereka.

Syeikh Sya'rawi...


: Kalau kamu bunuh mereka dan ketika itu mereka tengah melakukan maksiat kepada Allah... apakah yang akan terjadi kepada mereka atau ke mana mereka akan pergi?

Pemuda: Sudah tentu masuk neraka.

Syeikh: Syaitan itu ke mana dia hendak membawa mereka??

Pemuda: Sudah tentu ke neraka.

Syeikh: Kalau begitu kamu dan syaitan bekerjasama dalam satu matlamat iaitu ingin memasukkan manusia ke dalam neraka.

Kemudian aku pun mengingatkan pemuda itu satu hadis Rasulullah SAW, ketika mana lalu jenazah Yahudi di hadapan baginda. Baginda bangun dan menangis.

Salah seorang sahabat bertanya, "Apakah yang menyebabkan Tuan menangis ya Rasulullah?"

Baginda menjawab, "Satu jiwa telah terlepas dariku menuju ke neraka!"

Syeikh: Inilah perbezaan antara kamu dan Rasul SAW. Baginda inginkan hidayah buat mereka dan menyelamatkan mereka dari neraka ... kamu di bahagian lain dan nabi Muhammad di lembah yg lain!

 Sumber: Syed Alwi Al Attas

NASIHAT IBNU QAYYIM AL-JAUZI

Jika Allah membukakan untukmu pintu solat malam, janganlah kau memandang orang yang tidur dengan pandangan merendahkan.

Jika Allah membukakan untukmu pintu puasa, jangan kau memandang orang yang tak berpuasa dengan pandangan merendahkan.

Jika Allah membukakan untukmu pintu jihad, jangan kau memandang orang yang tak berjihad dengan pandangan merendahkan.

Boleh jadi
 orang yang tidur, yang tak berpuasa dan yang tak berjihad lebih dekat kepada Allah berbanding dirimu."

Kemudian beliau melanjutkan,

Engkau berpagi hari bangun dari tidur lalu menyesal lebih baik dari pada berpagi hari dalam keadaan terjaga lalu berbangga, kerana orang yang sombong, amalannya tidak akan naik ke sisi Allah."

Sumber : (Madarijus Salikin:1/177)

CORETAN KHAS BUAT SUAMI DAN ISTERI

Seorang isteri dengan wajah sedih dan murung datang bertemu tuan Syeikh untuk mengadu hal suaminya.

Syeikh: Apa keperluanmu wahai puan?

Isteri: Saya ingin mengadu kepada tuan perihal suami saya.

Syeikh: Apa aduanmu itu?...


Isteri: Saya dianiaya dan dizalimi suami saya tuan syeikh. Saya diabaikan. Suami saya tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada saya.

Nafkah saya tidak ditunaikan tuan. Makan minum saya tidak diendahkan tuan. Tempat tinggal saya juga tidak diuruskan.

*Tuan syeikh tersenyum. Isteri itu kehairanan. Sedang hatinya dirundung sedih, tuan syeikh boleh tersenyum mendengar aduannya.

Syeikh: Wahai puan yang dirahmati Allah, sesungguhnya kamu wanita dan isteri yang beruntung.

Isteri: Hah??? Untung??

Syeikh: Ya wahai puan. Kamu sangat beruntung. Kamu wanita dan isteri terpilih.

Isteri: Saya bernasib malang tuan. Saya hidup susah. Saya menderita dan sengsara tuan. Kehidupan saya tunggang-langgang.

Syeikh: Sudahkah kamu berdoa wahai puan?

Isteri: Sudah tuan. Saya sudah hampir putus asa. Suami saya tetap tidak berubah.

Syeikh: Wahai puan, Allah sedang mengujimu. Allah amat kasih dan sayang padamu. Ujian itu memberi peluang kepadamu mengumpul pahala.

Tahukah kamu, bahawa Allah sangat dekat dengan doa orang-orang yang teraniaya dan dizalimi. Doa seorang isteri yang dianiaya dan dizalimi oleh suaminya itu, lebih dekat dan mendapat perhatian daripada Allah. Kerana apa?

Kerana seorang isteri itu merupakan amanah kepada seorang suami. Maka penganiayaan dan kezalimannya kepadamu akan memberatkannya di sisi Allah. Hatta andai kamu mendoakan kehancuran dan kemusnahannya pun Allah akan mendengar doamu itu wahai puan.

Kamu pulanglah ke rumahmu dan jalankan tanggungjawabmu terhadap suamimu sebagai isteri dengan taat kerana Allah. Allah akan membantumu.

Isteri: Suamiku sudah tidak pulang ke rumah wahai tuan. Dia sudah lama meninggalkan aku dalam derita dan sengsara ini.

Syeikh: Allah..beruntungnya kamu wahai puan...

Isteri: Kenapa tuan asyik mengatakan yang saya ini beruntung? Sedangkan saya ini hidup dalam sengsara, derita dan air mata?

Syeikh: Allah...wahai puan, berapa umurmu sekarang ini?

Isteri: 40 tahun tuan.

Syeikh: Berapa lama lagi kamu mahu hidup di dunia ini?

Isteri: Saya tidak tahu tuan. Itu kuasa Allah.

Syeikh: Kamu mahu saya ceritakan apa untungnya kamu sebagai isteri yang dianiaya dan dizalimi suami?

*Dengan lemah dan sedih, si isteri cuma mengangguk.

Syeikh: Rasul yang mulia telah bersabda bahawa, umur ummatnya sekadar 60 ke 70 tahun sahaja. Andai sekarang kamu sudah 40 tahun, deritamu itu tidak akan lama lagi puan. Ia akan segera hilang saat Tuhanmu menjemput kamu kembali padaNya.

Andai kamu bersabar, segala derita itu akan Allah gantikan dengan syurga yang indah. Tidakkah itu bermakna kamu beruntung? Tahukah kamu, berapa lama derita dan sengsara yang bakal ditanggung suamimu di akhirat nanti?

Isteri: Tentunya tuan lebih tahu.

Syeikh: Bagi seorang suami, isteri adalah amanah yang wajib dijaga dengan baik. Segala tanggungjawab dan haknya wajib ditunaikan oleh seorang suami.

Suamimu yang telah menganiaya dan menzalimimu, akan disiksa oleh azab Allah diakhirat sana berjuta-juta kali ganda berbanding derita yang sedang engkau deritai di dunia ini wahai puan.

Bukankah sehari di akhirat itu, bersamaan dengan seribu tahun di dunia? Selagi mana kamu tidak redha akan kezaliman dan penganiayaannya terhadapmu, maka selagi itu suamimu itu akan terpaksa menanggung dosanya itu.

*Isteri itu tertunduk.

Syeikh: Tahukah kamu, siapakah yang paling mudah mengheret seorang suami ke neraka Allah di akhirat nanti? Tidak lain dan tidak bukan ialah isteri-isteri dan anak-anaknya sendiri. Mana-mana hak isteri-isteri dan anak-anak yang tidak ditunaikan, itulah antara hal yang cepat mengheret seorang suami di akhirat nanti.

Isteri: Tapi suami saya itu seorang yang kuat bersolat dan beribadah tuan. Mana mungkin dia akan ke neraka?

Syeikh: Selama mana kamu sebagai isterinya dianiaya dan dizalimi, tidak ditunaikan hak dan tanggungjawab, semua ibadahya termasuk solat, puasa, sedekah dan sebagainya, tidak berpahala di sisi Allah. Bahkan boleh sehingga Allah menolak solatnya itu? Apa lagi yang tinggal pada seorang hamba andai ibadat solatnya pun telah ditolak oleh Allah???

Isteri: Bagaimana andai dia menceraikan saya tuan? Dapatkah dia menyelamatkan dirinya dari neraka Allah?

Syeikh: Selama mana kamu masih isterinya, dan kamu tidak redha, maka dia tetap akan menanggungnya.

Andai kamu diceraikan, sehingga habis tempoh iddah suamimu itu masih wajib mengurus dan menunaikan hakmu sebagai isteri. Dosanya padamu sepanjang tempoh itu tidak akan terluputkan walaupun dia telah menceraikanmu selagi kamu tidak redha. Suami yang tidak menunaikan hakmu itu adalah suami yang berhutang denganmu.

*Isteri itu diam.

Melihat isteri itu diam, tuan Syeikh bertanya;

Syeikh: Pernahkah suamimu itu meminta maaf padamu?

*Isteri itu menggelengkan kepala.

Syeikh: Adakah puan masih menyayanginya?

*Isteri itu hanya membisu.

Syeikh: Adakah kamu redha akan perbuatannya terhadap kamu wahai puan?

*isteri itu masih diam.

Syeikh: Maha Suci Allah... Suamimu itu bukan menganiaya dan menzalimimu wahai puan, tetapi dia menganiaya dan menzalimi dirinya sendiri...

*Tuan Syeikh tunduk dan tiba-tiba mengalirkan air mata. Dia menangis sebak. Si isteri berasa pelik, lalu bertanya;

Isteri: Kenapa tuan menangis?

Syeikh: Aku berasa sedih dan amat takut kepada Allah. Aku kasihan kepada suamimu itu. Di akhirat nanti, sudah pasti kamu akan mengheretnya ke neraka Allah. Susah dan sukarnya menjadi seorang suami. Bahu seorang suami ini berat dan sarat mahu menanggung beban dosa yang banyak. Untungnya kalian para isteri. Walau di dunia Allah perintahkan kalian wajib taat dan patuh kepada suami, itu hanya sekejap sahaja.

Kesusahan dan kesulitan kalian hanya di dunia, sedang kami para suami, tertanggung hingga ke akhirat. Pulanglah wahai puan, andai kamu masih menyayangi suamimu, maafkanlah dia. Andai kamu tidak memaafkan dia, dan tidak redha akan perbuatannya, maka tertanggunglah di bahunya dosa yang berat itu hingga ke akhirat.

* Isteri itu pulang, tetapi kali ini wajahnya cerah dan bibirnya mengukir senyum mengenangkan janji-janji Allah yang disampaikan oleh tuan Syeikh.


Sumber : Copy & Paste

29 Ogos 2014

RISAU

HARI itu, seseorang menjumpai UMAR BIN ABDUL AZIZ. Khalifah dari Bani Umaiyyah yang sangat terkenal itu. Didapatinya Umar sedang menangis. Sendirian.

“Mengapa engkau menangis wahai Amirul Mukminin?” tanya orang itu dengan hati-hati. “Bukankah engkau telah menghidupkan banyak sunnah dan menegakkan keadilan?” tanya orang itu lagi dengan nada menghibur.

Umar masih terus menangis. Tidak ada tanda-tanda ia akan berhenti dari tangisnya. Beberapa saat kemudian, barulah ia menyahut seraya berkata, ”Bukankah aku kelak akan dihadapkan pada pengadilan Allah, kemudian aku ditanya tentang rakyatku. Demi Allah, kalau benar aku telah berbuat adil terhadap mereka, aku masih mengkhawatirkan diri ini. Khawatir kalau diri ini tidak dapat menjawab pertanyaan seandainya banyak hak rakyatku yang aku zalimi?”

Air mata Umar terus mengalir dengan derasnya. Tidak lama berselang setelah hari itu, Umar menghadap Allah SWT. Ia pergi untuk selama-lamanya.

 

PANTUN BERKAT

 Umur tak berkat jika melambat-lambatkan solat,
 Harta juga tak berkat jika tidak di keluarkan zakat;
 Keberkatan umur tak dapat di ukur atau di sukat,
 Keberkatan harta renung-fikir dari mana dapat.

 
copy & paste