Wanita
adalah makhluk yang sangatlah unik. Berbeza. Dan memiliki keistimewaan
tersendiri. Islam memandang wanita adalah makhluk yang sangat special dan
bahkan memberikan satu surah dalam Al-Quran untuk wanita. An-Nisa. Rasulullah
berkata bahawa makhluk yang harus kita cintai setelah Allah SWT dan Rasulullah
adalah : Ibu, Ibu, Ibu, barulah Ayah. Itu menunjukkan apresiasi yang sangat
tinggi yang diberikan oleh Islam kepada wanita.
Namun wanita seringkali dijadikan sebagai senjata yang dahsyat oleh
Syaitan Laknatullah untuk meluluhkan kehebatan iman seorang lelaki. Ya, tidak
ragui, salah satu jalan utama syaitan untuk merasuk ke dalam dada seorang
lelaki itu adalah melalui wanita. Dalam sejarah, syaitan mengakui kepada
Nabi Musa AS bahawa jalan utama syaitan dalam merasuk dan memperdaya
manusia ada 3 : ketika
Solat, ketika marah, dan melalui wanita.
Bila
syaitan sudah tidak mampu menyesatkan kita dengan keburukan, maka dia akan
menyesatkan kita dengan kebaikan. Syaitan tidak akan pernah rela jika
kita sebagai manusia mampu bebas dan melakukan kebaikan tanpa diganggu.
Naudzubillahi min dzalik.
Apa
kekuatan wanita yang pertama?
Air
Mata. Air mata wanita adalah sesuatu yang seringkali digunakan syaitan
untuk meluluhkan hati seorang lelaki. Air mata jelas sekali mampu meluluhkan
hati seorang lelaki. Jangankan lelaki biasa yang masih belajar tentang
prinsip-prinsip kehidupan. Umar bin Khattab RA yang ketika itu masih
kafir dan memegang teguh prinsipnya pun dicairkan oleh tangisan adiknya
sehingga masuk islam dan menjadi salah satu khalifah terkuat pada masa kejayaan
islam di dunia. Masih ingatkan kisahnya..?
Yang
kedua,
Yang
kedua adalah senyuman. Senyuman wanita itu salah satu yang sangat
mudah dijadikan oleh syaitan dalam memperdaya ataupun melemahkan hati seorang
lelaki. Apatah lagi kalau wanita yang mempunyai wajah yang cantik. Tentu akan sangat meluluhkan hati seorang lelaki.
Allah
telah jelas dan tegas memerintahkan kita dalam surah An-Nur ayat ke 30 hingga
ke 31. Ayatnya yang berbunyi :
“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya…”
dan ayat
ke 31 juga yang berbunyi
“Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya….”
menunjukkan
solusi yang seharusnya kita lakukan bersama. Para lelaki mahupun perempuan
seharusnya menjaga pandangan mereka.
Yang
Ketiga,
Yang
ketiga, adalah tutur kata. Wanita itu memiliki suara yang berbeza dengan
lelaki. Suara wanita itu lebih lembut daripada lelaki.
Perkara itu juga dijadikan senjata oleh syaitan untuk memperdaya lelaki.
Apatah lagi kalau wanita itu sengaja membuat nada manja
Berbicaralah
yang tegas! Tidak menimbulkan kesan yang manja atau menggoda. Berbicaralah
dengan nada yang tegas dan seperlunya sahaja. Rasulullah SAW juga memerintahkan
kita untuk berbicara yang benar, atau diam.
Suara
wanita itu sangat dilindungi dan dihargai oleh Islam. Bahkan ada
beberapa ulama yang mengatakan bahawa nasyid wanita itu tidak baik didengar
oleh lelaki. Kerana, getaran suaranya itu besar kemungkinan dapat menimbulkan
perasaan yang berbeza di hati lelaki.
Lelaki,
berhati-hatilah dalam mengolah hati. Berhati-hatilah dalam memberikan perhatian.
Yang Keempat,
Berhias.
Banyak perdebatan di sini.Antaranya adalah bagi wanita yang memakai
wangian. Rasulullah berkata bahawa barang siapa (wanita) yang
memakai wewangian kemudian dia berjalan di depan seorang (laki-laki)
sehingga sang lelaki mencium wangian tersebut, maka wanita itu dianggap
pezina. Tetapi
memakai wangian tidaklah salah.
Yang
terakhir,
Kecerdasan.
Ini yang paling berbahaya atau paling sukar untuk dihindari. Wanita yang cerdas
seringkali dijadikan senjata yang sangat ampuh untuk meluluhkan hati seorang
lelaki. Banyak lelaki tidak melihat paras atau rupa dari si perempuan itu, tapi
kecerdasannya, cara berbicara serta topik yang dia bicarakan. Apatah lagi kalau
sudah satu fikrah, satu persepsi fikiran yang sama. Makanya, syaitan paling
sering menggunakan kelebihan wanita yang satu ini.
Jalan
keluarnya bagaimana? Untuk keseluruhan, sebenarnya hanya ada dua caranya. Si
lelaki harus menjaga diri serta hati mereka, dan sang perempuan juga demikian.
Ketika diri telah dibersihkan dan hati telah disucikan, Insya Allah tidak syaitan juga akan
kelelahan menggoda kita. Selalu beristigfar setiap waktu. Ingat Allah
setiap waktu.
Semoga
dengan itu kita mampu menghindarkan diri dari godaan syaitan laknatullah. Insya
Allah…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan