Dengarkanlah.....Wahai Anakku.....
Wahai anakku,
Ingatlah 10 Petua Kehidupan ini sepanjang masa. Tatkala ayahanda dan
bonda tiada, 10 petua ini boleh membantu anakanda menempuh cabaran dunia
Allah untuk mencapai kecemerlangan di akhirat.
1. Jangan jauh dengan Allah. Dekati Allah dengan membaca Quran sekurang-kurangnya 3 hari sekali.
2. Jaga air liur. Cakap, dengar dan baca perkara baik selalu supaya air
liur yang dihasilkan adalah baik dan ditelan selalu. Mengumpat dan
perkataan ‘cuba’ adalah racun yang menjurus kepada perasaan negatif.
3. Perkara lepas biarlah ia berlepas supaya ia tidak mengganggu masa depan.
4. Tidak perlu menyibuk dengan pandangan orang lain.
5. Jangan selalu ingat masih ada banyak masa. Ingat mati tiada syarat tua, mati juga tiada syarat sakit.
6. Jangan fikir terlalu banyak. Memang ada jawapan yang kita tidak akan ketahui. Tapi jawapan akan datang secara tidak sedar.
7. Tiada orang yang boleh mengawal minda anda, selain anda. Sepertimana kegembiraan dan kesedihan anda.
8. Sentiasa memberi tanpa mengharapkan pulangan. Anda akan mengecapi
nikmat terbesar sebagai seorang manusia dan mengerti perbuatan memberi
akan mendatangkan pahala dan kegembiraan terbesar di hati.
9. Jangan
fikir terlalu banyak dan kurangkan berenung. Buat sahaja apa yang patut
tanpa putus asa. Jangan menghina Allah dengan menyatakan kegagalanmu
adalah takdir-Nya tatkala anda malas, kurang berusaha dan mudah berputus
asa.
10. Senyum selalu. Bukan anda seorang sahaja yang ada masalah.
Dan sebenarnya masalah anda cumalah mainan minda anda. Yang ada
hanyalah cabaran sementara.
Dari ayahandamu.
copyright/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan