28 Julai 2011

Ceramah di Ambang Ramadan

Sempena menyambut Ramadan yang bakal tiba,satu ceramah berkaitan Ramadan telah diadakan di Dataran Kejat SMKDWAR. Ceramah tersebut disampaikan oleh penceramah jemputan,Al-Fadhil Ustaz Mohd Hatta B Sabri dari SABK Maahad Khair Lil Banat Kamunting.Antara intipati ceramah tersebut ialah mengajak pendengar agar bersama menghayati Ramadan dengan memperbanyakkan amalan soleh seperti membaca Al-Quran,berzikir,bertadarus,berterawi dan sebagainya.




25 Julai 2011

selamat ulang tahun,Zuhdi



Hari ini genap usia Ahmad Zuhdi yang ke 7. Diam tak diam,Zuhdi semakin besar sekarang...terasakan begitu cepat masa berlalu. Didoakan semoga Zuhdi dipanjangkan usia,dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang soleh.

'Hadiah' paling bermakna yang diterimanya ialah apabila buat pertama kali diajak menjala ikan di Sg Matang.Alhamdulillah, banyak dapat ikan talapia yang besar-besar.



15 Julai 2011

Di manakah kita??

3 golongan manusia:

1. Golongan yang hidup demi dunia semata-mata.

- golongan sentiasa berusaha mengejar harta,pangkat dan kedudukan sehingga

mengabaikan perkara kebajikan. Golongan ini adalah golongan yang kufur dgn nikmat

Allah.


2. Golongan yang percaya kewujudan akhirat,namun....

- mereka tidak berusaha ke arah mencapai kebahagiaan "di sana ".Mereka bersukaria di dunia tanpa berusaha mencari bekalan untuk akhirat.


3. Golongan yang menganggap dunia ini ladang akhirat

- mereka "menanam" di dunia untuk "dituai" di akhirat.



JADI,DI MANAKAH AGAKNYA KITA??

11 Julai 2011

...segar dari bendang...

Petang tadi,suami meneruskan lagi hobinya...apalagi kalau bukan menjala.Tapi kali ini menjala di bendang pula, di Semanggol Bukit Merah. Alhamdulillah,hasil tangkapannya agak lumayan hari ini. Macam-macam ikan dapat...sepat,puyu,lampan,keli dan juga haruan.


Adoii...penat jugak nak menyiangnya...maklumlah sebesen kecil..


Haaa...sebahagian ikan yang hidup pula,dibela dulu...sebagai simpanan untuk hidangan esok atau lusa......

Sesungguhnya rezeki Allah sangat luas....terserah kepada kita sebagai hambaNya berusaha mencarinya berbekalkan usaha,ikhtiar dan tawakkal.....

...dragon fire ball...

Pada Oktober setiap tahun,ramai pelancong berkunjung ke Nong Khai,di pinggir Sg Mekong berhampiran sempadan Thailand dan Laos. Mereka ke sana untuk melihat satu fenomena aneh yang dikenali sebagai bebola api naga @ Bung Fai @ dragon fire ball.


Fenomena aneh ini hanya muncul selama 1-3 hari setahun. Puluhan bebola cahaya berwarna merah jambu,merah atau putih tanpa bunyi dan asap akan muncul dari permukaan Sungai Mekong dan terapung di udara selama beberapa saat sebelum lenyap dalam kegelapan malam


Lagenda tempatan mengaitkan fenomena ini dengan seekor naga yang tinggal di dalam sungai tersebut. Walau bagaimanapun,mengikut ahli sains ia adalah satu fenomena alam yang muncul akibat pembakaran gas di dasar sungai ketika bumi berada dalam jarak terdekat dengan matahari. Susulan daripada itu, gas yang terkumpul di dasar sungai memuncak pada bulan Oktober.

Apapun andaian, sebagai umat Islam kita harus menginsafi bahawa setiap yang berlaku itu membuktikan KEKUASAAN dan KEAGUNGAN ALLAH SWT. Wallahu A'lam.

10 Julai 2011

syukur......




syukur....
Allah temukan lagi kita
dengan bulan yang mulia ini
syukur....
Allah izinkan kita
kecapi nikmat Iman dan Islam
syukur....
Allah kurniakan kita
satu bulan penuh barakah
syukur....
Allah naungi kita
dengan Rahmat dan HidayahNya
syukur....syukur....syukur...

copyright/rmn

Kurma....oooh kurma!!

Ramadan bakal menjelma tak lama lagi. Bila sebut Ramadan a.k.a bulan puasa, ianya pasti sinonim dengan buah kurma. Jom kita tengok antara perkara menarik tentang kurma....
* Nabi Muhammad SAW memakan 7 biji kurma setiap hari,manakala ketika berbuka puasa Nabi memakan beberapa biji dan segelas air sejuk sebelum menunaikan solat.

* Kurma Ajwah atau kurma Nabi cukup terkenal dan menjadi pilihan kerana asalnya dari negara Arab,tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW.



*Kurma atau buah padang pasir memang menakjubkan kerana ia tidak beku walaupun disimpan berbulan-bulan lamanya di dalam peti ais dengan suhu bawah paras beku.



*Pokok kurma hidup dan berbuah di dalam suhu yang sangat panas dan ini membuktikan ia mempunyai 1001 rahsia dan khasiat.


* Kajian ahli sains Mesir mendapati kurma boleh membantu memanaskan badan di samping membantu proses pembesaran kanak-kanak.
* Kebanyakkan rakyat Iran memakan buah kurma di antara 5-8 kg sehari terutamanya pekerja yang terdedah kepada suhu panas.


08 Julai 2011

DIDIKLAH ANAKMU SOLAT!



Pada suatu hari,seorang pemuda telah datang kepada seorang guru agama uyang sedang mengajar di masjid lalu berkata: " Tuan, pagi tadi ada seorang pemuda meninggal dunia.Semasa kami hendak mengebumikannya,tiba-tiba muncul seekor ular yang besar. Kami bingung. Apakah yang perlu kami lakukan?". Berita yang disampaikan oleh pemuda itu menyebabkan mereka semua bangun lalu pergi ke tanah perkuburan. Apabila mereka sampai di sana,mereka melihat seekor ular besar sedang melingkar dengan mata yang besar melihat orang ramai yang hadir di situ.
Guru agama itu berkata: " Biarkan ular itu. Jangan dipedulikannya.Teruskan menggali kubur." Penggali kubur terus menggali tanah lain yang jauh sedikit dari kubur pertama.Namun begitu,sebaik selesai menggali tiba-tiba seekor ular besar muncul dari lubang tersebut. Mereka tmencuba pelbagai cara untuk mengusir ular tersebut,namun ia tetap muncul kembali. Akhirnya,jenazah itu tetap dikebumikan. Tiba-tiba,ular besar itu keluar dari dalam kubur lalu melilit jenazah tersebut sehingga kedengaran bunyi tulang belulangnya hancur.


Selesai mengebumikan jenazah,guru agam berjumpa dengan emak pemuda itu. Emak pemuda itu memberitahu:" Anak saya adalah seorang anak yang baik sdan taat.Cuma satu saja yang dia tidak buat iaitu DIA TIDAK PERNAH SOLAT!".

06 Julai 2011

PETA MINDA LAGI.....

Setiap kali waktu P&P di Kelas 1D, saya suka ber'eksperimen' dengan mereka. Apa tidaknya,apabila diperkenalkan dengan sesutu yang baru,mereka cukup teruja.


Sememangnya pelajar kelas ini sangat ceria dan 'mesra alam' ( pada pandangan peribadi saya laa..) meskipun terdapat sorang dua yang nakal( alaaaa...biasa la tu....)


Kalau dulu mereka diajar cara membuat nota magik,sekarang mereka diajar cara untuk membuat peta minda....ternyata riak muka mereka sangat seronok.....


Walaupun ada sebahagian hasil kerja mereka yang tidak mengikut 'piawaian',tetapi mereka tetap tekun menyelesaikan tugasan yang diberi.


Dan inilah hasil kerja mereka.....









AIR KELAPA OHHHHHH! AIR NYOK!




Air kelapa a.k.a air nyok....waktu cuaca panas, memang best. Tapi yang lebih penting dari itu,khasiatnya. Antaranya:


1. Air kelapa ternyata lebih khasiat daripada susu kerana ia tidak mengandungi kolesterol dan rendah lemak.


2. Dapat memperbaiki saluran darah.


3. Dikenalpasti dapat membersihkan saluran pencernaan.


4. Menjadikan sistem imun badan lebih baik.


Haaaa......lepas ni,jangan lagi pandang sebelah mata je kat air kelapa ni.....


sumber:AANS