31 Disember 2010

MENJEJAK ISLAM DI VIETNAM

Pakaian wanita Champa di Chau Phu, An Giang ,Vietnam

Di Chau Phu ( sejauh 245km dari Ho Chi Minh City ), pengamalan Islam sgt sederhana. Kebanyakan kaum wanita di sini hanya memakai anak tudung ( sekadar menutup rambut ) dan terdapat hanya segelintir sahaja yg memakai tudung seperti wanita Islam di Malaysia.Hari-hari kebesaran Islam juga disambut dengan sederhana.

KEMBARA KASIH - VIETNAM




Kesempatan pulang ke kampung suami selama 2 minggu tidak dilepaskan begitu saja. Bermula dgn penerbangan selama hampir 2 jam dari LCCT Kuala Lumpur ke Tan Son Nhat International Airport,Ho Chi Minh City, diteruskan lagi dgn menaiki van sewa sejauh 245 km. Keadaan yang bertali arus terutama sekali motorsikal menyebabkan perjalanan mengambil masa lebih 6 jam. Akhirnya, slps Maghrib 29 Nov 2010, kami tiba di kg kelahiran suami - Ap Khanh My Xa Khanh Hoa, Chau Phu, Chau Doc, Vietnam Selatan.

25 November 2010

KELEBIHAN AYAT KURSI


Berikut dicatatkan beberapa kelebihan Ayat Kursi :

1. Jika dibaca ketika hendak tidur, kita sekeluarga beserta jiran akan selamat pada hari itu.

2. Jika dibaca sebanyak 5 kali ketika hendak memulakan perjalanan, perjalanan kita selamat sehingga kita kembali semula.

3. Jika dibaca sebanyak 7 kali pada setiap hari,kita akan dipelihara Allah dalam semua keadaan.

21 November 2010

ORANG YANG BERUNTUNG

Sabda Rasulullah SAW:
Wahai Ali, bagi orang yang beruntung itu,tiga alamatnya :
1. makanan yang halal.
2. duduk bersama orang alim.
3. solat lima waktu bersama imam.

JALAN MENDEKATI ALLAH SWT

1. Takwa kepada Allah SWT.
2. Ikut sunnah Nabi.
3. Reda dengan kurniaan Allah sama ada banyak atau sedikit.

20 November 2010

17 November 2010

HARI ANUGERAH CEMERLANG SK SIMPANG











Pada Sabtu yang lalu ( 13 Nov 2010 ), saya sempat meluangkan masa untuk sama-sama meraikan kejayaan Nur Adilah ( Angah ). Walaupun Angah hanya mendapat tempat ke5 di dalam kelasnya,tetapi dia dapat mencapai pencapaian terbaik dalam 5 subjek. Sementara Nur Afifah ( Kakak ) pula bersama rakan sekelasnya membuat persembahan nasyid.

11 November 2010

5S KETIKA BERPAKAIAN


SYARIE - mengikut hukum syarak.
SELESA dipakai.
SESUAI dengan keadaan.
SEDAP dipandang.
SEGAK bergaya.

BACAAN AL-QURAN SETIAP PAGI DAN PETANG


AYATUL QURSI

- menyamai 1/4 Al-Quran.

- setiap huruf dibaca, dikurniakan 1000 keberkatan dan 1000 berkat.

SURAH AL-IKHLAS

- menyamai 1/3 Al-Quran.

SURAH AN-NAS DAN AL-FALAQ

- dibaca 3x untuk melindungi diri dari bencana yang tidak diingini.

APABILA BAYI......


TERSEDU
beri minum air suam.

SELSEMA
sapu minyak masak pada ubun-ubunnya.

KEMBUNG PERUT
sapu minyak pada perut, betis dan tapak kakinya.

SEMBELIT
titiskan 2,3 titik jus limau Sunkist.