06 Oktober 2013

RENUNGAN 4...

Photo
 
Photo
 
Photo

PAHALA YANG SENTIASA MENGALIR.....

1. Yang mengajar ilmu yang bermanfaat.
2. Yang membuat sungai, telaga yang membekal air.
3. Yang menanam pokok bagi manfaat manusia.
4. Yang membantu membina rumah ALLAH.
5. Yang mengajar Al-Quran.
6. Yang mengeluarkan sedekah jariah.
7. Yang meninggalkan anak yang solah.
8. Yang menjaga keselamatan negara.

05 Oktober 2013

....HANYA SEORANG IBU YANG TAHU...

..Bagaimana rasanya berlapar tapi masih mendahulukan melayan dan memberi makan suami, anak-anak, kawan anak dan kucing peliharaan anak

..Bagaimana letihnya rasa bila lewat malam tapi masih berjaga menyelesaikan mendobi pakaian kerana anak atau suami perlu memakainya esok pagi

..Bagaimana gembiranya setelah lama dapat mengumpul sejumlah wang untuk membeli sesuatu p


eralatan yang telah lama diinginkan tetapi dengan lapang dada diberikannya wang tadi kepada anak atau suami yang dilihatnya lebih memerlukan

..Bagaimana masih tetap bahagia berjalan makan angin membawa semua anak-anaknya walau terpaksa keletihan mengemas pakaian dan menyediakan bekalan makanan serta kemudian setelah pulang menghadapi pakaian kotor yang menggunung

..Bagaimana tatkala anda duduk berehat setelah bertungkus lumus uruskan rumah dan anak-anak sambil mula memakan coklat atau kek kegemaran anda dan anak anda datang sambil terliur melihat manisan tadi, lalu sambil tersenyum dengan penuh kasih anda berikan semuanya padanya

~♥Ibu sanggup berkorban segalanya hatta nyawanya sendiri buat anak-anak yang dikandung dan dilahirkannya dengan kepayahan, diasuh sejak bayi tatkala tidak mampu melakukan suatu apapun. Walau sakit, ibu tetap khidmat seperti biasa agar segala urusan rumah dan anak-anak berjalan lancar. Bila tidur, tetap mata dan pendengarannya peka kalau-kalau anaknya terbangun dan memerlukannya. Semuanya ini tidak lain hanyalah kerana KASIH SUCI yang hadir di jiwa para ibu terhadap anak-anaknya .....

Kisah Seorang Pemuda Dan Iblis

 
Kisah ini bermula apabila seorang pemuda bangun pada awal pagi untuk solat Subuh di masjid.

Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid.
Di pertengahan jalan menuju ke masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya dan pulang kembali ke rumah.
Di rumah, dia berganti baju, berwudhu dan berjalan...


menuju ke masjid.

Dalam perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang sama.
Dia sekali lagi bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.
Di rumah, dia sekali lagi berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid.

Di tengah jalan menuju ke masjid, dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu.
Dia menanyakan identiti lelaki tersebut dan lelaki tersebut menjawab "Saya melihat anda jatuh dua kali di perjalanan menuju ke masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda."
Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan menuju ke masjid.

Apabila mereka sampai di masjid, pemuda tersebut bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat Subuh bersamanya.
Lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali-kali tetapi jawapannya sama.

Pemuda itu bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat Subuh bersama?

Lalu lelaki itu menjawab...

"Aku adalah IBLIS..."
Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu.

Iblis kemudian menjelaskan, "Saya melihat kamu berjalan ke masjid dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid,
Allah memaafkan SEMUA DOSAMU.
Saya membuatkan kamu jatuh kali kedua dan itupun tidak membuatkan kamu berubah fikiran, bahkan kamu tetap memutuskan kembali untuk ke masjid.

Kerana hal itu, Allah memaafkan DOSA-DOSA SELURUH ANGGOTA KELUARGAMU.

Saya bimbang jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan-jangan Allah akan memaafkan dosa dosa seluruh penduduk kampungmu jadi saya harus memastikan bahawa kamu sampai di masjid dengan selamat..."

copyright/

Awal Dan Akhir Usia Kita

Share semoga beri manfaat kelak di dalam kita Mencari Redha Ilahi :D
 
copyright/

Redha suami....Syurga bagi isteri

1.) Suami dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidupmu, bahkan sering kali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.

2.) Suami dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah ibunya hingga dia be
ranjak dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru saja dikenalnya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.

3.) Suami redha menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anak serta dirimu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu dibandingkan dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.

4.) Suami berusaha menutupi masalahnya di hadapanmu dan berusaha menyelesaikanny­a sendiri. Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi penyelesaian. Padahal boleh jadi di saat engkau mengadu itu, dia sedang memiliki masalah yang lebih besar. Namun tetap saja masalahmu di utamakan dibandingkan masalah yang dihadapi sendiri.

5.) Suami berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa ucapannya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.

6.) Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka kerana dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah dituntut ke neraka kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri.....

copyright/

RENUNGAN ...3

Photo: Assalamualaikum wbt...
-----
SANTAPAN ROHANI» http://iislamku.blogspot com
 
Photo: Share dan ucapkan syukur kerana Allah memberi banyak ilmu kepada kita.

Bantu admin naikkan like Gallus Boutique
 
Photo
 
Photo: #SiriBercakapDenganCermin

KLIK Link Nie. http://bit.ly/18YcwmA .
 
copyright/

Orang tua-tua kata.......

5 Tahun Perkahwinan (Fasa 1)
 Sentiasa Di Uji Dengan Kesempitan & Kekurangan Harta
(Ada Je Yang Tak Cukup, Kena Banyak Belajar Sabar)

Masuk 10 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-2)
 Allah Dah Mula Buka 1001 Pintu Rezeki Ke Arah Stabiliti.

Masuk 15 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-3)
 Kehidupan Lebih Simple Tetapi Stabil Dari Segala Sudut.

Mudah-Mudahan Allah Memberi Kemudahan & Kekuatan
Dalam Menjalani Kehidupan Sehingga Syurga.

Aamiin....
 
copyright/

Doaku Hari Ini

Photo: semoga ianya bermanfaat buat semua 

<3 LIKE | COMMENT | TAG |SHARE <3

Jom support page yg hot ni --> Himpunan Kata - Kata Hikmah [✔] LIKE! (◕‿◕)
 
copyright/

terkadang kita terlupa......

Photo: Siapa yang utama dan apa yang terutama?

Pesanan Borong Bawal Online
 
copyright/