06 September 2013

...ketika kita mengeluh...

Ketika kita mengeluh:
“eeeiii, aku penat sangat..."
ALLAH menjawab :
“ Dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirehat " (78 : 9)

 Ketika kita mengeluh :
“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."
ALLAH menjawab :
“ AKU tidak membebani seseorang,
melainkan sesuai kesanggupan” (2 : 286)

 Ketika kita mengeluh :
“Serabutnyaa..."

ALLAH menjawab :
“ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (13 : 28)

 Ketika kita mengeluh :
“Apa yang aku buat ni semua sia-sia..."
ALLAH menjawab :
” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji dzarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya ” (99 : 7)

 Ketika kita mengeluh :
“ takdak sorang pun yang nak tolong aku..."
ALLAH menjawab:
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU,
niscaya Aku kabulkan untukmu ” (40 : 60)

 Ketika kita mengeluh :
“ Aku sedihh sangat...”
ALLAH menjawab :
“ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (9 : 40)

05 September 2013

8 JANJI ALLAH



1. Apa yang disedekahkan dan dikorbankan secara ikhlas Allah akan kembalikan..

2. Mereka yang sakit dan sabar Allah akan menghapuskan dosa-dosanya yang lalu...

3. Mereka yang ditimpa musibah kemudian bersabar Allah akan mengangkat darjatnya...

4. Mereka yang menutup aib orang lain Allah akan menutup aib dirinya dunia dan akhirat....

5. Mereka yang berdoa kepada Allah, Allah akan memakbulkan sama ada cepat atau lambat...

6. Mereka yang memaafkan kesalahan orang lain terhadap dirinya Allah akan memuliakannya....

7. Mereka yang cukup solat 5 waktu dengan sempurna Allah akan memasukkanya ke dalam syurga....

8. Mereka yang berdosa kemudian bertaubat dan beramal soleh Allah akan menggantikan dosa-dosa mereka dengan hasanah.

Ketiadaan Rezeki Itu Adalah Satu Rezeki

Seseorang yang bijak, adalah orang yang tahu membezakan apakah rezeki yang biasa dan apa pula rezeki yang hakiki. Ramai di kalangan kita, jika ditanya apakah rezeki yang telah Allah kurniakan kepadanya. Kebiasaannya jawapan pertama yang terlintas di fikiran mereka ialah rezeki makan, minum, anak-pinak, kerjaya, barangkali juga rumah atau seumpamanya....

Tidak .... rezeki bukan terhenti sekadar yang itu sahaja. Bahkan terdapat rezeki yang lebih afdhal, iaitulah rezeki yang kekal, kerana rezeki yang kekal lebih utama dari rezeki yang tidak kekal. Sesungguhnya rezeki berbentuk balasan baik dan pahala itu adalah rezeki yang kekal. Adapun rezeki harta benda adalah rezeki yang sementara. Oleh itu solat yang kita tunaikan dikira sebagai rezeki, zikir-zikir yang kita baca pada pagi dan petang, selepas solat fardhu... semuanya adalah rezeki.

Ketika mana anda sedang tidur, kemudian anda bangun pada 1/3 akhir malam, anda bersendirian, tidak diperhatikan sesiapa, anda bangun, anda tunaikan solat dua rakaat.... Perkara itu adalah rezeki. Sehinggakan ketikamana anda bangun awal pagi untuk menunaikan solat subuh, anda tidak mengabaikannya, ia juga adalah rezeki, kerana berapa ramai orang yang langsung tidak bangun pagi untuk menunaikan solat subuh. Demikian juga ketika anda berhadapan dengan ujian, lalu Allah kurniakan kekuatan bersabar menghadapinya, sehinggalah ujian itu selesai. Itu juga adalah satu rezeki. Sama halnya, ketikamana anda berada di rumah bersama orang tua anda, lalu bapa anda meminta dibawakan secawan air kepadanya, maka ia juga merupakan rezeki. Ini kerana, jika anda tiada di rumah ketika itu, sudah tentu perkara itu akan dilakukan oleh adik-beradik anda yang lain. Maka... ketikamana anda berpeluang berbuat baik kepada orang tua, ia adalah rezeki.

Bukankah juga, kadang-kala ketika menunaikan solat, anda merasakan fikiran anda melayang-layang... tiba-tiba anda tersedar, lalu bersegera memberikan tumpuan kepada solat. Rasa tersedar ini adalah daripada Allah dan ia merupakan satu rezeki.

Inilah dia rezeki hakiki, iaitulah rezeki yang kekal sehingga hari kiamat, yang akan tercatit di dalam buku catitan amalan anda di akhirat kelak, kita semua berharap agar buku catitan itu akan diserahkan kepada tangan kanan kita. Inilah rezeki hakiki, ia bukanlah sebuah kereta, bukan juga sebuah rumah, bukan juga sejumlah bayaran gaji yang lumayan.

INI KERANA REZEKI BERBENTUK HARTA, AKAN DIKURNIAKAN KEPADA SEMUA MAKHLUK ALLAH SAMADA DIA SEORANG YANG SALIH MAHUPUN SEORANG YANG JAHAT. ADAPUN REZEKI BERBENTUK BALASAN KEBAIKAN DAN PAHALA, IA TIDAK AKAN DIKURNIAKAN OLEH ALLAH MELAINKAN UNTUK ORANG-ORANG YANG DIKASIHINYA SAHAJA. Oleh itu sebelum kita bersedih dilewatkan kurniaan rezeki, kita wajib terlebih dahulu mengetahui, apakah rezeki yang wajar ditangisi kelewatannya, dan apakah pula rezeki yang kelewatannya itu dikira sebagai suatu rezeki yang lain pula.

Sumber : Tumpang Lalu

04 September 2013

2 perkara....

Jadilah kerahsiaan itu dalam hidup kamu kepada 2 perkara
1) dirimu dan
2) Rabb / Tuhan kamu,

Manakala jadilah kekuatan iman kamu dengan 2 perkara ...



1) Rabb/ Tuhan kamu dan
2) niat kamu,

Maka pohonlah pertolongan di waktu kamu berhadapan ujian dengan 2 perkara juga
1) sabar dan
2) solat,

Berusahalah di dunia ini untuk mendapat keredhaan 2 orang ini juga,
1) Ibumu dan
2) bapamu,

Usahlah takut terhadap 2 perkara sewaktu hidup ini ( kerana ia didalam kekuasaan Allah),
1) rezeki
2) kematian.

Sumber : Ustaz Ahmad Dusuki B Abd Rani

Merekalah Umatku!

Suatu hari Nabi bertanya:"Siapakah hamba Allah yang mulia?"

 Sahabat menjawab: "Para malaikat ya Rasulullah"
 Sahabat yang lain menjawab: "Tentulah para nabi, merekalah yang mulia"

 Nabi tersenyum lalu berkata:"Ya, mereka mulia tapi ada yang lebih mulia lagi."
Para sahabat terdiam lalu berkata:"Adakah kami yang mulia itu ya Rasulullah?"
Nabi berkata;" Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, tetapi bukan kalian yang aku maksudkan.

 Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya lalu berkata...

"Wahai sahabatku, mereka adalah manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah dan aku.... tahukah kalian..mereka tidak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian tetapi mereka sangat rindu kepadaku . Saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SGT RINDU PADA MEREKA...MEREKALAH UMATKU! "

Formula Matematik AL-KHAWARIZMI tentang wanita

Wanita solehah dan beragama  : 1
Jika dia cantik, tambah 0           : 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0     :100
Jika dia dari keluarga baik-baik : 1000
Tetapi jika yang " 1 " TIADA, maka tiada apa yang tersisa
pada wanita tersebut kecuali sekelompok " 0 ".

MASA itu pendek saja.......


Bayangkan kita mempunyai sebuah akaun yang memberikan kita RM86,400 setiap subuh.
 Tapi akaun ini tidak membawa baki ke hari esok. Apa yang tidak dapat dihabiskan hari ini, akan dihapuskan pada waktu malam.
 Apa yang kita akan buat?
 Sudah tentu kita akan mengeluarkan setiap sen daripada akaun tersebut tiap-tiap hari sebelum malam.

 Sebenarnya Allah telah memberikan setiap kita, satu akaun bank yang sebegitu.
 Akaun itu bernama 'MASA'.
 Setiap subuh, Allah memberikan kita 86,400 saat untuk digunakan.
 Pada setiap malam, masa yang tidak dilaburkan untuk perkara berfaedah akan dilupuskan setiap malam.
 Ia tidak berbaki. Ia tidak berhutang.
 Apa yang hilang, adalah kehilangan pada kita sendiri kerana tidak melaburkan hadiah yang diberikan Allah tiap-tiap hari dengan baik.
 Kita tidak boleh mengambil kembali masa yang hilang. Kita juga tidak boleh meminjam masa daripada hari 'esok'.
 Duit (Masa) yang ada hari ini perlu dihabiskan dalam hari ini. Oleh itu, laburlah pada perkara-perkara yang memberikan kesihatan, kegembiraan dan kejayaan.

Jam tengah berjalan. Gunalah sebaiknya anugerah Allah itu.


Sumber : Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man

02 September 2013

Pahalanya tetap ada

Hadith: Abu Hurairah r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Seorang lelaki berkata : Demi Allah saya akan memberi sedekah. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkannya di dalam tangan pencuri. Maka pada paginya, orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : Telah diberi sedekah kepada pencuri. Si ...pemberi itu berkata : Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah, saya akan sedekahkan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan wanita penzina. Pada pagi hari itu orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : Telah diberikan sedekah kepada wanita penzina. Orang tersebut berkata : Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah saya akan memberikan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan orang kaya. Pada pagi hari itu orang ramai memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : Telah diberikan sedekah kepada orang kaya. Orang itu berkata : Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian terhadap si pencuri, si penzina dan terhadap si kaya. Kemudian datanglah seseorang kepadanya dalam tidurnya lalu berkata kepadanya : Sedekah mu kepada si pencuri, mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri, manakala kepada wanita penzina mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina dan orang kaya mudah-mudahan ia akan mengambil ibarat lalu menafkahkan sebahagian harta yang telah Allah berikan kepadanya.

Huraian Hadith: Sesungguhnya sedekah yang diberikan dengan niat yang baik akan diterima Allah walaupun tidak jatuh pada orang yang selayaknya.

20 sen....

 
Ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen....




Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

“Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?” Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

“Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup,” kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

“Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen”, kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

“Owh… terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya,” pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur.”

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam.”

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!”

01 September 2013

....semoga Allah merahmatimu...

Seorang lelaki yang sangat berhajat dan dalam kesusahan telah datang menemui Rasulullah SWT.  Baginda menyuruhnya ke rumah isteri-isterinya.

Tapi kesemua isteri Baginda memberitahu hal yang sama: "Demi yang mengutuskanmu dengan kebenaran, aku tidak punya apa-apa (makanan) kecuali hanya air sahaja."

Akhirnya Baginda berkata: "...
Siapakah yang mahu menjadikan lelaki ini sebagai tetamunya untuk malam ini, semoga Allah merahmatinya."

Maka seorang lelaki daripada kalangan Ansar bangun lalu berkata:"Aku wahai Rasulullah."

Lelaki Ansar  itu pun membawa tetamu tersebut ke rumahnya. Tiba di rumah, dia bertanya isterinya: "Adakah ada sesuatu yang boleh dimakan?". Isterinya menjawab: "Tiada. Jika ada pun, sedikit makanan buat anak-anak kita."

Lelaki Ansar berkata lagi: "Lengahkan mereka dengan sesuatu, apabila mereka mahu makan malam maka kamu tidurkanlah mereka. Apabila tetamu kita ini masuk untuk makan bersama, kamu padamkan sahaja pelita itu agar dia menyangka kita juga makan bersamanya."

 Mereka pun makan bersama pada malam itu. Si tetamu kenyang manakala pasangan suami isteri itu tidur dalam kelaparan.

Apabila menjelang pagi keesokan hari, Rasulullah SWT berkata: "Sesungguhnya Allah kagum dengan layanan kalian berdua terhadap tetamu semalam."

Ditambah di dalam riwayat yang lain sehingga turun ayat 9, Surah al-Hasyr.

"Mereka itu mengutamakan orang lain daripada diri mereka sendiri walaupun mereka juga memerlukannya ketika itu."

- Rujukan: Hayat as-Sahabah, Shaykh Yusuf al-Kandahlawi rahimahullah; jilid 2, halaman 264.