13 Mac 2013

ADOIIIII.......DENGARLAH DENGAN MATA HATI!

Seorang guru bertanya kepada muridnya yang berusia enam tahun: " Jika cikgu bagi kamu sebiji epal dan bagi lagi sebiji epal, berapa bijikah epal yang kamu dapat?" Dengan pantas murid itu menjawab: " TIGA". Sekali lagi guru tersebut mengulang soalan yang sama kerana menyangka murid itu kurang jelas dengan pertanyaan tersebut. Tetapi murid tersebut masih menjawab TIGA.Guru tersebut merasa kecewa dengan jawapan tersebut lalu cuba mengubah soalan: " Jika cikgu bagi kamu sebiji limau dan bagi lagi sebiji limau, berapa bijikah limau yang kamu dapat?" Murid itu menjawab: " DUA". Muka guru tersebut berseri-seri apabila mendengar jawapan yang tepat daripada muridnya. Lalu guru tersebut bertanya kembali: " Jika cikgu bagi kamu sebiji epal dan bagi lagi sebiji epal, berapa bijikah epal yang kamu dapat?" Murid tersebut dengan pantas menjawab: " TIGA". Guru tersebut mula meradang lalu bertanya: " Kenapa kamu masih menjawab TIGA?" Murid tersebut dengan teragak-agak menjawab:" Sebab saya dah ada sebiji epal dalam beg saya,cikgu!"

01 Mac 2013

Jumpa kembali.......

Assalamualaikum....agak lama saya tidak berblog.....hambatan waktu....kesibukan bekerja....jom kita bersantai sekejap....

PANTAI TIMUR VS UTARA

Antara loghat Utara dengan loghat Pantai Timur, yang mana lebih munasabah? Jom kita perhatikan  dialog di bawah :
BAHASA MELAYU BAKU :
Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi emaknya tiada di situ.

LOGHAT UTARA : Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak.

LOGHAT PANTAI TIMUR: Dio gi rumoh jire dio nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok.

KESIMPULAN;  Tak mungkin pipi maknya tiada tetapi kalau gigi maknya tiada MEMANG MUNASABAH!


Copyright/





27 Mac 2012

nostalgia 3.....

Jom kita kenali peralatan lama orang dulu-dulu....



Mungkin sebahagian besar generasi baru kini sudah tidak mengenali atau tidak pernah melihat benda-benda ini.....Batu penggiling....untuk melumatkan cabai....

TV lama....segalanya secara manual....tadak alat kawalan jauh!


Alat pengisar tepung....adoiiii....punya la seksa bila nak buat juadah petang....seawal pagi dah kena kisar beras untuk dapatkan tepung beras...


Lesung dan alu @ antan....untuk menumbuk padi atau beras....tapi kami sekeluarga gunakan untuk melumatkan isi ikan untuk buat keropok lekor.....fuhhhh!!! berpeluh-peluh!

Kukur kelapa....kena bertenggek atas kukuran tu....bukan calang-calang orang boleh buat....silap haribulan, isi kelapa ke mana....tempurung ke mana.....

Dapur kayu....perlukan kesabaran....bermula dari menghidupkan api sehingga dapat mengawal api dengan baik....


Seterika arang....kini dah jadi sejarah.....kena bakar arang dulu sehingga menjadi bara....barulah bara tu dimasukkan ke dalam seterika. Boleh mula menggosok baju...tapi AWAS!!! Kena sentiasa jaga abunya....jangan bertaburan atas pakaian!

nostalgia 2......

Bot penambang...dulu dan kini...masih lagi menjadi pengangkutan penting bagi penduduk Seberang Takir.....


Masjid Sultan Zainal Abidin suatu waktu dulu....juga dikenali sebagai Masjid Putih...



Masjid Putih kini.....


Stesyen Bas Kuala Terengganu...suatu waktu dulu...menjadi nadi utama KT....kini menjadi stesyen teksi.




Hentian Bas MPKT...tetap sibuk dengan pelbagai ragam manusia....



Bulatan Penyu di Kg Ladang....ketika kecil dulu...hati sangat teruja bila melalui bulatan ini....



Bulatan Penyu telah ditukar kepada Bulatan Batu Bersurat.....lebih islamik!


23 Mac 2012

nostalgia.....

Cukup lama saya tidak berblog di sini....kesibukan kerja...kekangan masa...bagai segala....Pulang ke kampung baru-baru ini...bagaikan mengungkap kembali nostalgia lama......

Pengangkutan bas Kuala Terengganu....awal tahun 60an.....di hadapannya Menara Jam Besar yang menjadi mercu tanda bandar KT.....saya masih ingat lagi...ketika bersekolah rendah dulu, menara jam ini masih ada....Bangunan di hadapan itu adalah Pasar Besar Kedai Payang.....

Bas Bandar...CAS LIGAS...cukup unik....sayang sekali masih belim berkesempatan untuk naik....

Pasar Besar Kedai Payang...kelihatan sebahagian Menara Jam Besar...

Pasar Besar Kedai Payang kini.....bersama deretan beca yang sedang menunggu penumpang...

17 Februari 2012

TERAPI AIR

1. Minum segelas air sebelum tidur - dapat mencegah strok dan serangan jantung.
2. Minum 2 gelas air selepas bangun tidur - dapat membersihkan organ-organ dalaman.
3. Minum segelas air sebelum mandi - dapat menurunkan tekanan darah
4. minum segelas air 30 minit sebelum makan - dapat membantu fungsi pencernaan dan ginjal.



02 Januari 2012

MUTIARA KATA SAIDINA ALI

1. Jagalah ibu bapamu,nescaya anak-anakmu akan menjagamu.
2. Mengajar adalah belajar.
3. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.
4. Menyokong kesalahan beerti menindas kebenaran.
5. Orang yang bersifat sederhana dalam segala hal,nescaya tidak akan miskin.
6. Jika berharta,berniagalah dengan Allah melalui sedekah.
7. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat,dan angkatkanlah kesusahanmu dengan mendirikan solat.

SELAMAT TAHUN BARU 2012



Selamat Tahun Baru 2012 untuk semua terutama sekali kepada pengunjung blog ini....

31 Disember 2011

sekadar ingin berkongsi.....

XENOESTROGEN
Xenoestrogen juga dikenali sebagai estrogen alam sekitar atau asing yang terbentuk daripada sumber bahan kimia dalam kompaun industri seperti plastik yang ada BPA ( Bisphenol A ). Paling teruk penggunaan bekas makanan plastik yang boleh dimasukkan ke dalam ketuhar dan bekas syampu. Bahan tersebut boleh menyebabkan pelbagai penyakit: antaranya kanser,tiroid,fibroid,masalah reproduktif lain dan sebagainya.


*Periksa di bawah setiap bekas plastik yang tertera nombor 1,2,3,4,5,6 dan 7.

* Nombor 3,6 dan 7 biasanya mengandungi polikarbonat ( yang lazimnya mengandungi BPA ).





11 November 2011

Makan 'Anjing Panas' & Minum Bir - Semua Ditanggung 'Halal'


Di A&W terdapat bir yang amat popular tetapi tidak termasuk dalam kategori minuman keras yang dikenali sebagai 'root beer' atau 'rut bir'. Ianya 100% dijamin halal oleh pihak berkuasa agama Islam. Oleh sebab tidak ada lagi keraguan, ianya menjadi pilihan kepada penggemar minuman berkarbonat. Tidak saja meneguk 'bir' dalam gelas besar, ada juga yang mengunyah 'anjing panas' ( hotdog).

Ini membuktikan sejak dulu lagi kita telah dikelirukan dengan istilah. Maka bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila baru-baru ini orang sibuk bercakap mengenai 'bir halal'. Agaknya istilah dari kata asal bahasa Inggeris ( beer ) itu dikira HEBAT dan bernilai komersial!

Selain 'rut bir' dan 'hotdog' yang telah diterima sebagai hidangan halal, ada banyak lagi istilah asing yang dikaitkan dengan makanan popular kita. Oleh sebab telah dianggap halal, orang kita memakannya tanpa memikirkan sama ada itu betul-betul halal atau sebaliknya.

Contohnya:

* bacon - bermaksud b*** salai, tetapi istilah itu telah diubah kepada beef bacon atau chiken bacon.

* bak kut teh @ sup b*** telah cuba diubah dengan istilah bak kut teh kambing @ lembu.

Kita khuatir suatu hari nanti, oleh sebab keliru dengan istilah, mereka mungkin akan termakan makanan yang betul-betul mengandungi b***. Masanya sudah tiba bagi kita perihatin dan serius terhadap istilah2 yang mengelirukan ini. TIDAK ADA 'BACON', 'BIR' @ BAK KUT TEH atau apa2 saja benda2 haram lain dikaitkan dengan makanan orang Islam. Kita mesti berhati-hati dan curiga terhadap istilah2 ini kerana tidak mustahil istilah2 seperti ini sengaja diwujudkan untuk MENGELIRUKAN dan akhirnya menjerumuskan umat Islam dalam KEKUFURAN.

INGATLAH! KITA ADALAH APA YANG KITA MAKAN!



Sumber: Abd Jalil Ali