11 November 2010

5S KETIKA BERPAKAIAN


SYARIE - mengikut hukum syarak.
SELESA dipakai.
SESUAI dengan keadaan.
SEDAP dipandang.
SEGAK bergaya.

BACAAN AL-QURAN SETIAP PAGI DAN PETANG


AYATUL QURSI

- menyamai 1/4 Al-Quran.

- setiap huruf dibaca, dikurniakan 1000 keberkatan dan 1000 berkat.

SURAH AL-IKHLAS

- menyamai 1/3 Al-Quran.

SURAH AN-NAS DAN AL-FALAQ

- dibaca 3x untuk melindungi diri dari bencana yang tidak diingini.

APABILA BAYI......


TERSEDU
beri minum air suam.

SELSEMA
sapu minyak masak pada ubun-ubunnya.

KEMBUNG PERUT
sapu minyak pada perut, betis dan tapak kakinya.

SEMBELIT
titiskan 2,3 titik jus limau Sunkist.

10 November 2010

TANDA-TANDA PEKERJAAN DALAM KEBERKATAN ALLAH SWT


1. Bila wang yang diperolehi dibelanjakan ke jalan yang benar.

2. Merasa seronok dengan pekerjaannya.

3. Tugasannya tidak tergantung dan sentiasa selesai dengan baik.

4. Pekerjaannya disenangi oleh orang lain.

5. Sentiasa meras cukup walaupun hasil yang diperolehi adalah sedikit.

6. Hati merasa tenang dengan hasil yang diperolehi.

REZEKI YANG MENDAPAT KEMURKAAN ALLAH


1. Meninggalkan ibadah kepada ALLAH SWT.
2. Apabila hasilrezeki yang diperolehi,lupa diagihkan kepada orang yang
memerlukan.
3. Rezeki yang dapat tidak digunakan kepada yang wajib dinafkahkan iaitu
anak,isteri,ibu dan ayah.

09 November 2010

KATA-KATA HIKMAH LUQMAN AL-HAKIM

* Apabila orang berbangga dengan banyaknya bercakap,maka berbanggalah kamu
dengan banyak diam.
* Kalau bercakap itu bagaikan PERAK, maka diam itu adalah EMAS.
* BAKHIL, KEDEKUT dan BURUK AKHLAK adalah tanda orang yang BODOH.

08 November 2010

SELAMAT ULANGTAHUN KE 9 - NUR AFIFAH


Hari ni hari ulangtahun ke 9 Nur Afifah. Semoga menjadi anak yang solehah dan sentiasa dirahmati Allah.

25 Oktober 2010

AMBILLAH WAKTU


Ambillah waktu untuk berfikir

kerana itulah sumber kekuatan

Ambillah waktu untuk berdoa

kerana itulah sumber ketenangan

Ambillah waktu untuk belajar

kerana itulah sumber kebijaksanaan

Ambillah waktu untuk bersahabat

kerana itulah jalan kebahagiaan

Ambillah waktu untuk beramal

kerana itulah jalan ke syurga!

19 Oktober 2010

JANGAN!!!!

JANGAN TERLALU BANYAK TIDUR

-merosakkan tenaga.

-menjadi pemalas.

-jauh jodoh! JANGAN TERLALU BANYAK MAKAN

- merosakkan pencernaan.

- menjadi malas.

- selalu mengantuk


















10 Oktober 2010

SELAMAT ULANG TAHUN KE 8 - NUR ADILAH



Rabu lalu ( 6 Oktober ) adalah hari lahir anak keduaku NUR ADILAH. Kebetulan pula waktu itu kesihatanku tidak memuaskan. Jadi, tiada kek dapat kusediakan. Mujur juga anakku memahami situasiku.