03 Januari 2010

hobiku




HOBIKU

Setiap orang ada hobi masing-masing.Hobi saya? Mengumpul sampul duit raya. Tak kiralah apa saja raya......janji sampul duit raya. Kini saya mempunyai lebih 200 koleksi yang saya muatkan dalam 2 album.Oleh kerana saya tidak terlalu obses, koleksi saya tidaklah banyak walaupun telah mengumpulnya sejak sedekad yang lalu.Hobi ini mudah,hanya keluarkan kos untuk membeli album saja.

berhati-hati memilih teman.....

Sabda Rasulullah SAW:

Seseorang itu menurut agama sahabatnya,maka seseorang Muslim itu hendaklah berhati-hati dengan siapakah yang harus dia pilih sebagai sahabat.
-Riwayat Ahmad

AYAH


redup matamu
membayang derita lampau
masih terimbau
semangat juangmu
menongkah badai lautan
demi sesuap kehidupan
buat kami

PULANG



pulang ke sisimu
ada rindu terlerai
ada kasih tersemai
ada janji tertunai

ada di sisimu
pulang bersama harapan
pulang bersama impian
pulang bersama sayang

perjalananku........






SIMPANG - BANGI - PUTRAJAYA - KUANTAN - K TERENGGANU
Cuti persekolahan yang lalu, kami mengambil kesempatan 'Cuti-cuti Malaysia',membawa anak-anak bercuti di samping menziarahi kaum keluarga. Memang benar kata orang, jauh perjalanan,luas pemandangan,bertambah pengalaman.......

santai di pantai





Ketika pulang ke kampung awal Disember yang lalu,kami berkesempatan ke pantai yang berhampiran dengan rumah iaitu Pantai Kg Tanjong di Kuala Terengganu.Tika anak-anak riang bermain bersama sepupu mereka,suami pula mengambil peluang menjala ikan. Lewat senja, kami pulang dengan rasa puas bersama hasil tangkapan yang diperolehi.

Siapakah sahabat kita?

Seorang ahli hikmah menyatakan,sesiapa yang ingin bersahabat dengan LAPAN jenis manusia,maka akan bertambah LAPAN pula akibatnya.

PERTAMA
Sesiapa yang berkawan dengan orang kaya,maka akan bertambahlah cintanya kepada dunia.

KEDUA
Sesiapa yang bersahabat dengan fakir miskin,maka akan bertambahlah rasa syukur dan reda dengan rezeki yang diperolehi.

KETIGA
Sesiapa yang bertemankan pemimpin,maka akan bertambahlah sombongnya.

KEEMPAT
Sesiapa yang bersahabat dengan wanita,maka akan bertambahlah kejahilan dan nafsu syahwatnya.

KELIMA
Sesiapa yang bergaul dengan kanak-kanak,maka akan bertambahlah sifat suka bermain dan membuang masanya.

KEENAM
Sesiapa yang bersahabat dengan orang fasik,maka akan bertambahlah keberaniaannya untuk berbuat dosa dan menangguhkan taubat kepada Allah.

KETUJUH
Sesiapa yang suka bergaul dengan orang soleh,maka akan bertambahlah keinginannya untuk taat kepada Allah.

KELAPAN
Sesiapa yang suka berkawan dengan ulama,maka akan bertambahlah ilmu dan sifat waraknya.

02 Januari 2010

SENJA ITU



senja itu
kuhadir lagi menjejak putih pantaimu
bersama alunan mesra biru lautmu
mengimbau kenangan silam
berpaut kemas di ingatan
ada garis suka
ada garis duka
laut ini adalah rezeki kami
deruan ombak peneman kami
dan tika aku kembali pulang
lembayung petang mengiring jalan

31 Disember 2009

Cuti-cuti








Awal Disember yang lalu,kami sekeluarga ke Putrajaya.Pemergian kami adalah sebagai hadiah kepada anak-anak kerana kejayaan mereka mendapat tempat terbaik di dalam Peperiksaan Akhir Tahun masing-masing.

11 Disember 2009

WAKTU SOLAT DAN KELEBIHANNYA

SUBUH Dilaksanakan sebelum terbit matahari,kerana apabila matahari terbit, tumbuh
dua tanduk syaitan.Di situ sujudnya setiap orang kafir.Orang yang solat
Subuh selama 40 hari secara berjemaah,dibebaskan daripada api neraka dan
sifat munafik.

ZUHUR Dilaksanakan ketika matahari tergelincir,merupakan setiap sesuatu bertasbih
kepada Allah.Orang yang solat Zunur, diharamkan ke atasnya wap api neraka.


ASAR Saat ketika Nabi Adam memakan buah khuldi.Orang yang solat Asar,akan
diampunkan dosa seperti bayi yang baru dilahirkan.


MAGHRIB Saat Allah menerima taubat Nabi Adam.Orang yang solat Maghrib dan selepas
itu berdoa, pasti Allah kabulkan doanya.

ISYAK Solat yang dilakukan para Rasul.Orang yang solat Isyak,diharamkan api neraka
dan diberi cahaya untuk menyeberang As-Sirat ( titian ).